Monday, 5 September 2011

Selamat Hari Raya!!!! Kepada kawan2 bloggers, especially Kak Boo, saya minta maaf kalau ada tersasul bahasa/tulisan dalam blog ataupun kotak2 komen!

Aish! Dah lama tak buka blog. Bukan sengaja tapi hmm....panjang ceritanya. Nak pendekkan? Senang je. Line busy.

Ada broadband, jadi berukband. Nak update anti-virus pun susah. Internet dekat rumah? Rosak! Semua orang tension sebab ada cousin dari oversea nak Skype tak dapat. Terpaksa kami Skyping dekat umah atuk saudara yang ada Internet.

So, hmm....gitulah. Tapi raya tahun ni agak sakan sebab aku dapat banyak duit raya!! YAY!!! Boleh kumpul duit beli Galaxy Tab. Haha!!

Raya tahun ni, family aku bertemakan hijau. Hari raya kedua, ketiga dan keempat pun hijau. Haha!! Tahun ni aku ada 2 pasang baju raya. Sepasang baju kurung, sepasang lagi jubah. Baju raya tahun lepas pun aku pakai. Orang tak tahu pun baju tu baju raya tahun lepas. Hehe!

Besok dah start sekolah. Nasib baik sekolah aku buka lewat 2 hari berbanding dengan sekolah lain. Alhamdulillah. Tapi next week ada trial SPM. Teng! Teng! Teng!

Ini bermakna, minggu ni adalah minggu last aku boleh guna laptop. Next week kena hantar laptop balik rumah bersama broadband. Huhu!! Lepas trial nanti insya Allah akan dapat balik laptop kesayangan aku ni. Kalau nak guna internet, kena pergi ke cyber cafe yang ada dalam sekolah ni. 2 ringgit untuk satu jam. Mungkin aku akan buka blog je kot sebab nak kena fokus pada papers yang bakal di hadapi. Uhuk2!

Malam ni ada prep. Kena kemas kelas......malasnya.....

Friday, 19 August 2011

Yay!! Hari ini tak ada kelas!!

Semalam Angah datang dengan Achik lepas solat Jumaat. Umi dan Abi tak dapat datang sebab ada kerja. Aku happy dapat jumpa dengan Angah.

Aku tanya pasal accident hari tu. Dia kata tak ada apa-apa pun. Luka sikit je. Tapi ada parut dan parut yang paling jelas dekat bawah siku dia. Dia kata tu parut kenangan bulan Ramadhan. Ada ke patut??

Masa kami tengah borak-borak, Ilham datang. Dia kata dia nak keluar beli barang dengan teksi. Aku tanya dia pergi sorang ke? Dia kata kawan-kawan dia yang lain tidur.

Angah pun ajaklah dia keluar sekali memandangkan aku pun ada benda yang nak beli. So, kami keluar bersama. Aku dan Angah duduk depan, Ilham dengan Achik duduk dekat belakang.

Masa on the way nak gi kedai, macam-macam soalan yang Achik tanya pada Ilham. Macam nak interview je. Achik ni nampak je macam pendiam tapi kalau dah buka mulut, memang tak boleh nak stop.

Kami pergi beli barang lepas tu balik ke sekolah semula. Angah dan Achik kena balik sebelum jalan jam. Rasa sekejap je jumpa diaorang. Huhu! Tapi tak pe sebab minggu depan dah cuti!!

Thursday, 18 August 2011

Hari ni antara hari paling best!

Yang pertama, dapat balik awal dari biasa. Sebelum ni balik pukul 2 tapi cikgu Bio kami, cikgu Khairi, bagi balik pukul 1.30. apa lagi, kami terus merebut peluang keemasan ini untuk bergolek-golek di dalam dorm. cuaca panas jadi best kalau dapat bergolek!

Yang kedua, Ilham bagi pinjam buku novel Ramlee Awang Mursyid. Aku jarang baca novel melayu. bila aku baca novel-novel tu, rasa sangat best dan terjatuh cinta dengan characters yang ada dalam novel tu. Sekarang ni baca Semangat Hutan (sebelum ni baca Tombiruo)

Yang ketiga, ada ujian hafazan antara batch. Kena hafal 5 surah. Aku satu group dengan Ilham dan best sangat suara dia baca Quran. Rasa cair dekat situ...haha!!! (Ish, orang nak ngaji dapat pahala, kita tergila-gila kat orang..haish!)

Esok Angah datang melawat. Yay!!! Rindu dekat Angah!!

Saturday, 13 August 2011

Salam.

Hari ni tak boleh tulis panjang sebab terlampau sedih nak tulis.

Angah accident masa balik dari kerja tadi. Biasanya dia pergi dengan kereta tapi pagi tadi dia pergi dengan motor. Masa dia nak masuk simpang, ada kereta dengan lajunya (dah la tak bagi signal) rempuh Angah.

Aku dapat panggilan dari Abi. Rasa macam nak pengsan bila dengar pasal ni. Dan rasa nak pengsan lagi bila dapat tahu dia kena tahan dekat ward. Abi kata, Angah okay cuma cedera sikit je. Motor tu yang cedera parah. Kereta yang langgar Angah tu berkali-kali minta maaf dengan Umi, Abi dan Angah. Dia yang hantar Angah pergi hospital.

Aku rasa menyesal tak balik minggu ni. Huhu. Aku nak tengok Angah!!!

Thursday, 11 August 2011

Salam!

Alhamdulillah dapat buka balik blog ni. Semalam tak boleh buka, tak tau kenapa.

Minggu ni aku tak balik sebab ada kelas tambahan. Yang bestnya, kelas tambahan start pukul 10 sampai pukul 12 je hari ni. Seronoknya!

Tapi esok ada 4 kelas. Huhu! Tak boleh tidur tengah hari la jawabnya. Nasib baik malam tak ada kelas.

Semalam ada Mentor Nasyid, anjuran Ustaz Halim dan Ustaz Azlan. Aku pun join jugak untuk nasyid perempuan. Mentor aku Ustazah Naimah. Ni first time join nasyid. Daripada aku melalak lagu rock, baik aku bernasyid.

Kumpulan aku dapat no 3. Alhamdulillah. Tapi tak dapat lawan dengan kumpulan Ilham. Diaorang nasyid dari form 1 lagi. Diaorang pernah menang pertandingan nasyid peringkat mana entah, aku pun dah lupa.

Sebelum balik ada makan-makan sambil bergambar. Sempat aku bergambar dengan Ilham tapi dalam group la, bukan berdua. Hehe!

Tadi sahur air dan kurma, tak larat nak berjalan ke dewan makan. Budak-budak laki form 3 sempat main volleyball lepas Subuh. Semangat betul tengok diaorang tu.

Hari ni kalau boleh nak pergi bazar dengan Cikgu Sofia :)

Monday, 8 August 2011

Salam!

Hari ni aku 'cuti'. Haha! Boleh ponteng puasa!!! Tapi yang tak bestnya, kena makan apa yang ada kat dorm je. Tu pun kena makan sorok-sorok. Aku dan Sha je yang takleh puasa. Yang lain masih lagi boleh. Kami buat tebiat hari ni, makan dalam loker. Haha!!

Tu semua idea Sha. Dia kata, kalau makan depan orang puasa, tak baik. So, dia cadangkan makan dalam loker. Dah la loker tu kecik, penuh dengan baju. Tapi seronok buat kerja macam ni. Bila keluar sekolah nanti tak boleh buat dah. Nak buat kat rumah? Sah kena marah!

Hari ni kelas bertukar. Kami diberi ujian semalam lepas tu ikut kedudukan markah. Jadi aku terpaksa berpisah dengan beberapa orang classmate aku. Tak best! Tak best! Yang stay dengan aku ialah Atun, Deea, Afiz, Amad, Megat, Yana. Yang lain kena tukar kelas.

Tapi ada perkara yang buatkan hati yang berduka ini happy (cewah!!). Aku dapat satu kelas dengan Ilham. Part paling best lagi, dia jadi mentor group aku! Aku pulak dilantik jadi pembantu kanan dia (ini idea cikgu Zahar). So, kalau boss (mentor) ada meeting dengan cikgu, orang kanan boss (pembantu, merangkap aku) yang ambil alih tugas boss.

Kelas jadi lebih relaks sebab banyak buat discussion within group members. Pastu ada setengah subjek kena buat presentation. Kalau English, kena buat essays in group. So, ada hikmah jugak disebalik tukar-tukar kelas ni. Terima kasih HEA! Walaupun beliau sangatlah tegas tapi buat kelas macam ni sangatlah seronok!

Saturday, 6 August 2011

Semalm ingat boleh berInternet lama-lama. Rupa-rupanya line tak berapa nak clear. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu.

Nasib baik dekat kelas dapat curi wireless dari bilik guru. Opss! Haha! Sekarang dah ada dekat sekolah. Besok akan bermula jadual baru yang agak meletihkan.

Aku datang balik ke sekolah lebih awal untuk mengelakkan jam. Pada waktu petang, orang sibuk nak ke bazaar jadi aku suruh Abi hantar ke sekolah lebih awal. Pukul 3, aku dah sampai kat sekolah. Dorm-mates aku ada yang nak balik semula lepas berbuka. Lepas sahur pun ada! Ish! Ish! Ish!

Aku pergi ke bazaar dengan warden kesayangan aku, Cikgu Sofia, bersama Bai dan Atun. First time pergi bazaar dengan warden tahun ni. Biasa naik bas (kalau naik bas kena bayar seringgit, kalau naik dengan waren, free of charge!)

Masa dekat bazaar, aku tak tahu nak beli apa memandangkan banyak sangat makanan yang ada. Akhirnya, aku beli nasi goreng. Masa aku tengah beratur dalam keadaan yang sangat panas (cuaca agak panas dekat sini), tiba-tiba duit aku terjatuh. Bare je aku nak ambil, ada la seorang pemuda ni tolong ambil.

Masa aku nak cakap terima kasih, aku terkejut sebab yang ambil duit aku tu, Ilham. Terkejut bukan main masa tu. Tapi sempat jugak cakap terima kasih. Dia datang dengan kawan-kawan dia, naik teksi. Part yang paling best, Ilham belanja aku dadih! Seronoknya! Rasa nak simpan je dadih tu sampai tahun depan. Tapi mana boleh, karang basi!

Kami semua berbuka sama-sama dekat dewan makan. Meja disusun ikut kelas masing-masing. Kebetulan meja kelas aku bersebelahan dengan meja kelas Ilham. Aku ambil kesempatan cuci mata sambil berbuka. Teruk kan???