Friday, 29 July 2011

Berita tergempar buat aku hari ni memandangkan semua orang dalam family aku dah tau.

Abang Long aku dah nak bertunang!

Aku tahu semalam masa lepas makan malam. Ish! Kenapalah aku lambat sangat di'update'? Mungkins sebab aku duduk asrama kot. Ataupun mereka nak buat surprise.

Mula-mula, aku ingat Abang Long aku nak bergurau je sebab seminggu dua ni dia asyik nak ajak aku pergi kedai pengantin. Masuk je kedai tu, dia tanya aku pasal tema warna, baju, macam-macamlah. Macam la aku tahu bab-bab wedding planner ni.

Dia tunjuk kat aku gambar bakal tunang dia. Sangat sweet! Rasa macam seronok untuk dijadikan kakak. Nanti aku akan dapat seorang Kak Long. Haha. Makin bertambah rakyat dalam rumah aku ni.

Majlis akan berlangsung hari ini sebab tu aku kena bangun awal. Sempat lagi aku online sebelum tolong Ummi dekat dapur. Hehe.

Nanti aku akan cerita lagi in the next post, Insya Allah.

Thursday, 28 July 2011

Seronok dapat balik rumah! Minggu ni je yang boleh balik. Nanti dah tak boleh balik (mungkin sepanjang bulan puasa sebab batch aku nak tumpu pada study)

Tapi ada jugak yang nak minta balik masa minggu first puasa sebab nak buka puasa dengan family. Aku dah biasa first day puasa buka dengan kawan-kawan. Adat duduk asrama. Kalau duduk kat oversea lagi tak boleh buka puasa dengan family.


Minggu aktivit dah pun tamat. Tadi acara bersantai dengan homeroom masing-masing. Ayah homeroom aku (kami panggil dia abah) sempat bagi kata-kata perangsang dan kata-kata hikmat untuk kami semua. Achik yang ambil aku dan bawa aku jalan-jalan sebelum balik ke rumah. Ummi marah sebab lengahkan masa. Haha! Achik memang suka buat gitu.


Ummi buat spaghetti...sedap!! Aku siap tambah dua kali. Lepas tu Abang Long belanja satay. Best! Best!

Sekarang kami tengah tengok bola. Harimau lawan Singa. Go! Go! Harimau!!!

Wednesday, 27 July 2011

Semalam pihak ustaz dan ustazah mengadakan kempen Selamatkan Bumi Palestin.

Ada booth jualan sambil menderma.

Ada persembahan nasyid, sayembara puisi dan juga lakonan.

Ada slideshow.

Kempen ni bertujuan untuk kita (students disini) sedar bahawa ada orang yang lebih susah dari kita. Kempen ni juga nak memberitahu tentang Masjid Al-Aqsa yang sedang dikawal oleh Zionis yang jahanam.

Kami semua buat sepanduk dan bertakbir. Semua orang semangat semalam. Setiap batch ada tema pakaian tersendiri. Kelas aku pun ada! Yang perempuan pakai serba hitam (kebanyakan jubah) dan memakai purdah.  Yang lelaki pun pakai hitam jugak. Kami memakai kain yang dijadikan headband bertulis "Allahuakbar" dalam tulisan arab.

Aku teruja ketika melihat rakan kelas sebelah aku, Ilham, mendeklamasi sajak dengan penuh penghayatan. Suara dia memang best! Dia juga join kumpulan nasyid. Dia nampak handsome sangat semalam! (memang dia handsome pun!)

Kempen habis pukul 10.30. Aku tak sanggup tengok tayangan orang-prang Palestin di seksa oleh Zionis. Yang lain memang menangis. Budak laki pulak sibuk bakar bendera Israel (sebenarnya mereka nak main api je)

Harap-harap kempen yang macam ni dibuat lagi supaya kita selalu sedar bahawa kita diberi nikmat kesenangan oleh Allah. Kalau rasa diri terseksa, ingatlah yang dekat Palestin tu hari-hari kena seksa.

Sunday, 24 July 2011

Minggu ni adalah minggu aktiviti!!

Tadi dah kena merentas desa. Nasib baik cuaca redup-redup saja. Kalau panas rasa malas nak lari.

Malam pula ada malam kebudayaan Budak Form 1 dan Form 2 yang buat persembahan. Petang tadi sempat tengok perlawanan futsal.

Malangnya, besok dah start slot-slot untuk Form 5. Batch kami ni dah tak ada aktiviti yang lasak-lasak sebab semua nak tumpu pada exam. Tapi at least waktu petang boleh riadah dan waktu malam tak ada aktiviti. So kami bolehlah pergi tengok persembahan-persembahan budak-budak junior ni. Nak bagi sokongan la katakan.

Budak laki kelas aku, masa ni la diaorang nak usha-usha budak-budak junior! Ceh, pantang tengok budak junior comel, mesti nak usha. Kata diaorang, Form 5 cuma sekali je. Masuk U nanti dah tak boleh usha. Apa daa!

Malam ni aku nak online puas-puas!!

Tuesday, 19 July 2011

Exam dah habis!! Yay!!!

Hari ini cuti!! Jadi boleh relax-relax.

Baru lepas main volleyball. Petang nanti nak sambung game lagi. Team opponent tak puas hati sebab kami menang 3 set. Haha!

Cuaca tak berapa panas hari ni jadi bolehlah keluar jalan-jalan dengan dorm-mates!

Saturday, 16 July 2011

Tukar background baru!!

Kali ni tema katak hijau!

Memang every week nak tukar background supaya nampak menarik!

Friday, 15 July 2011

Sempat online lepas balik dari surau. Tadi line Broadband tak berapa clear sebab hujan.

Broadband aku ni warden yang pegang. Aku boleh guna weekend je. Weekdays tak boleh.

Nasib baik warden aku sporting, bagi 2 hari untuk guna Broadband. 

Aku mungkin tak dapat nak tulis banyak2 next week sebab ada killer papers! Paper last sekali Bio so kena study lebih la (BIO adalah subjek yang paling aku suka!)

Tadi Usu datang dengan Achik. Diaorang bawa aku keluar outing dan Usu belanja makan dekat McD. Dapat jugak aku merasa GCB dan juga Applelicious. 

Lepas tu kami pergi jalan-jalan. Aku beli pen dan juga Horlicks 3 in 1. Senang nak buat. Letak air panas je. Ingat nak beli Milo Sejuk tapi terpikat dekat Horlicks la pulak.

Usu dan Achik balik lepas Asar. Rasa sekejap je keluar dengan diaorang. Sedih pun ada. Tapi aku tak risau sebab weekend sebelum puasa tu (minggu depan kalau tak silap aku) kami semua boleh balik rumah! Yay!! Boleh  berbuka puasa dengan family!!


Wednesday, 13 July 2011

3 days have passed. The exams, I mean.

Another 4 days to go! Yeah! Ganbatte (Bai loves to yell this word whenever she got depressed)

Anyway, I wish I could go back home today but I can't. T_T. I miss my Mom's cooking, my Dad's singing and of course my wonderful siblings. Alang called me last night, asking me about my study. He said that Usu will be going to visit me this weekend. Yes! That's mean free meal! Usu suka belanja makan!

Malam ni ada ceramah agama about Israk Mikraj. Bukan ceramah but it's kinda forum remaja. So, it's a compulsory for all of us to go to surau and listen to the forum. Surau dah ada air-cond dna ia berfungsi dengan baik.

Tak sabar nak tau result exam. Harap-harap dapat flying colours punya result. Amiiinnn!!!

Tuesday, 12 July 2011

Exam dah bermula!!

Paper BM dan Sejarah! Cikgu-cikgu kata 2 subjek ni memang wajib buat pada hari pertama exam.

BM oklah kot tapi Sejarah kena banyak baca. Dah la aku tak ngam dengan Sejarah Form 5. Yang Form 4 tu ok sikit.

Apa-apa pun, 2 papers dah lepas. Alhamdulillah. Tapi ada lagi papers yang berlambak.

Sekarang ada dekat library. Kononnya nak study tapi bila dah dapat line Internet ni, sempat lagi tulis dekat blog. Haha!!

Esok paper English dan Sejarah 2. Sampai petang pulak tu. Syahid la lepas ni!!

Sunday, 10 July 2011

Nasib baik dapat tengok Stanza Cinta.

Ingatkan kena Prep tadi. Hehe.

Warden baik, dia bagi je kami tengok asalkan kami tak bising.

Besok sekolah, kena tidur awal. Waktu light off ni.

Good Night!!
Blog baru!!

Yeah!! Thanks for those yang sudi bagi tunjuk ajar (Along dan Achik terutamanya)

Boleh la tulis macam-macam dekat sini :)

Seronoknya!!!