Wednesday, 27 July 2011

Semalam pihak ustaz dan ustazah mengadakan kempen Selamatkan Bumi Palestin.

Ada booth jualan sambil menderma.

Ada persembahan nasyid, sayembara puisi dan juga lakonan.

Ada slideshow.

Kempen ni bertujuan untuk kita (students disini) sedar bahawa ada orang yang lebih susah dari kita. Kempen ni juga nak memberitahu tentang Masjid Al-Aqsa yang sedang dikawal oleh Zionis yang jahanam.

Kami semua buat sepanduk dan bertakbir. Semua orang semangat semalam. Setiap batch ada tema pakaian tersendiri. Kelas aku pun ada! Yang perempuan pakai serba hitam (kebanyakan jubah) dan memakai purdah.  Yang lelaki pun pakai hitam jugak. Kami memakai kain yang dijadikan headband bertulis "Allahuakbar" dalam tulisan arab.

Aku teruja ketika melihat rakan kelas sebelah aku, Ilham, mendeklamasi sajak dengan penuh penghayatan. Suara dia memang best! Dia juga join kumpulan nasyid. Dia nampak handsome sangat semalam! (memang dia handsome pun!)

Kempen habis pukul 10.30. Aku tak sanggup tengok tayangan orang-prang Palestin di seksa oleh Zionis. Yang lain memang menangis. Budak laki pulak sibuk bakar bendera Israel (sebenarnya mereka nak main api je)

Harap-harap kempen yang macam ni dibuat lagi supaya kita selalu sedar bahawa kita diberi nikmat kesenangan oleh Allah. Kalau rasa diri terseksa, ingatlah yang dekat Palestin tu hari-hari kena seksa.

No comments:

Post a Comment

Silah komen, jangan malu-malu. Tapi tak mau gaduh-gaduh ya?